INSYA-ALLAH..

InsyaAllah, seorang anak yang taat, gadis yang ceria, rakan yang setia, pelajar yang merantau di India, bakal seorang doktor muslimah berjaya, bakal isteri mithali idaman suami, bakal ibu yang penyayang dan hamba Allah SWT yang mendukung amanah sebagai khalifah di muka bumi. Amin :)

Monday, October 3, 2011

Surat Buat Bakal Suami Tersayang

Assalamualaikum,
Syg harap abg sihat sejahtera walau dimana sahaja abg berada sekarang. Syg disini sihat sejahtera, InsyaAllah menjaga diri sendiri elok2 selagi masih tidak bertemu dgn abg. Syg harap abg akan jaga diri syg zahir dan batin hingga ke dunia kekal abadi bermula pabila abg bersatu dgn syg nanti, insyaAllah.

Abg,
Syg disini merindui diri abg. Bila abg nk bertemu dengan syg? Syg harap Allah memberi kesempatan buat kita untuk bertemu. Syg tak kisah bila kita akan bertemu, tapi syg harap pertemuan kita diiringi barakah. Syg mahu bersama dengan abg bukan hanya didunia tapi di akhirat jua. Biarlah kita tidak bercinta sakan sebelum akad. Tapi biar kita menikmati manisnya alam percintaan yang sah dan rahmah selepas akad yang suci.


Abg,
Pabila kita bersatu nanti, syg harap cinta kita cinta hakiki. Bukan cinta nafsu dan sebagainya. Tapi cinta yang kekal abadi. InsyaAllah syg akan taat pada abg dan setia selamanya jika syg milik sah mu. Syg akan menjaga diri abg, menjadi sahabat dan pengubat duka buat diri abg buat selamanya.


Abg,
Diri syg banyak kekurangan. Banyak yang perlu dibaiki. Syg pernah buat silap. Maafkan diri syg suami tercintaku. Syg tak bermaksud berbuat begitu tapi mungkin darah muda dan jahil ilmu agaknya. Maafkan diri
ku. Syg harap abg akan memaafkan diri syg dan tidak mengesankan bahtera suci kita.

Abg,
Syg harap abg akan dapat membimbing diri syg dan keluarga kita. Jadi sementara kita ada punya waktu, kita timbalah ilmu. Bukan hanya ilmu dunia tapi ilmu akhirat itu lagi besar kepentingannya.

Setakat ini syg coretkan warkah untuk dirimu. Assalamualaikum.



No comments:

Post a Comment