Salam semua..
Kalaulah orang lain rasa marah..
Mudahnya kita nasihat sabar..
Kalau kita yang rasa marah..
Kenapa susah nak cakap benda yang sama,
kepada diri kita?
Benar marah adalah satu sifat syaitan..
Tapi kenapa kita selalu ikut jejak makhluk durjana itu..
Sudah tahu syaitan musuh utama kita..
Kenapa kita masih ikut rayuannya..
Firman Allah:
(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) – perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada kalimah takwa, sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan kalimah takwa itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Fath: 26)
Ternyata sjfat sabar lebih mulia dari sifat pemarah..
Namun kenapa manusia masih leka..
Leka dengan alunan gemersik syaitan laknatullah?
Sifat marah ada pelbagai-bagai jenis..
Seperti yang ku baca di www ni..
Ada Tafrith
Ada Ifrath
Ada I’tida
Yang terbaik adalah I’tida
Sudahku baca tentang buruknya marah..
Kenapa aku masih nak marah?
Mungkin kerana ego..
Atau sifat sombong dalam diri..
Tapi kan semua tu sifat syaitan laknatullah?
Nauzubillah..
Akan ku cuba ubah..
walau bukan secara total..
Namun biar sedikit..
Tapi baik secara Istaqamah..
Sikit2 kan akhirnya jadi bukit..
Namun mesti ada cara nak kawal perasaan marah..
Mcm2 cara yang ku dengar..
Namun lebih baik ku ikut cara Rasullulah
Kerna ku umat Baginda
Begini caranya.............
Mengucapkan Ta’awudz (A’udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
Diam atau tidak berbicara.
Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
Ada tips2 lain..
Antaranya:
1. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
2. Berfikiran positif.
3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
4. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
5. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
sumber : berita harian
Apa yang ku tulis disini adalah untuk manfaat semua terutamanya diriku..
Rasanya masih sukar untuk ku mengawal gelora api marah..
Kenapa?
Adrenalin remaja yang masih banyak?
Nafsu beraja dalam hati?
Entahlah..
Aku tak tahu..
Tapi aku boleh mengubahnya..
InsyaAllah..
InsyaAllah..
Doakan ya!! =)
Sabar syahirah.. sabar...
ReplyDelete