Banyak lagi halangan yang perlu tempuhi dalam hidup ini. Terutamanya waktu remaja ku masih di masa pertengahan(yeke?). Mencari sendiri masih dalam usahaku. Mencari siapa diriku sebenar dan apa yang membezakan aku dengan sesiapa didunia ini. Usaha ini tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kerna banyak anasir2 luar yang sedia menentang aku dari dalam dan luar. Tapi aku takkan pernah putus asa!! Chaiyo!!
Jika kita tanya "Persahabatan? Apa itu persahabatan?" mungkin mudah untuk kita jawab atau selak di dalam kamus untuk kita cari jawapannya. Persahabatan seperti yang dijelaskan dalam wikipedia adalah suatu hubungan rapat antara dua individu. Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:
- kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
- simpati dan empati.
- kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
- saling pengertian.
Tapi jika kita tanya "Dimana boleh aku cari seorang sahabat yang baik?" mungkin tidak mudah untuk jawab persoalan tersebut. Kawan yang rapat tidak semestinya menjadi seorang sahabat yang baik untuk diri kita. Jika ditanya tentang diriku? Aku juga punya sahabat yang baik denganku. Bagiku sesiapa yang sanggup berkawan denganku ikhlas kerana Allah, sentiasa menasihatiku, serta tidak bermuka-muka denganku adalah sahabat sejati yang akan ku sayang sampai mati. Kerana prinsipku "sesiapa yang memujiku adalah musuhku dan sesiapa yang menasihatiku adalah sahabatku".
Kurangnya sifat kejujuran dalam persahabatan menjadi barah dalam hubungan tersebut. Senario hari ini membuktikan lebih banyak kawan makan kawan daripada kawan jaga kawan. Memang susah nak cari sahabat yang benar2 ikhlas dengan kita.
Kepada semua sahabatku, aku sayang kamu (sebagai seorang sahabat lah..). =)

No comments:
Post a Comment