
Salam semua. Dari mana hendak ku mula blogku. Mungkin dari diriku. Dari dulu aku punya cita2 menjadi seorang doktor. Syukur cita2 ku hampir jadi kenyataan. Tapi banyak onak dan duri terpaksa ku tempuh. Tapi dengan itu juga aku belajar mengenal erti hidup. Dari umur 16 tahun aku hidup di asrama. Hidup seorang diri mengajar aku hidup berdikari tanpa kedua orang tuaku. Pengajaran paling berguna? Mencari diri sendiri dan erti persahabatan yang sejati.
Mencari diri sendiri? Memang satu benda yang amat sukar. Terutamanya bagi golongan remaja. Benjamin Franklin pernah berkata, "There are three things extremely hard: STEEL, A DIAMOND, and to know ONE'SELF!"
Mungkin ketika kita sibuk mencari diri sendiri, mungkin kita tersasar dari arah tujuan kita. Ada yang mengambil jalan mudah. Contohnya menjadikan seseorang sebagai role model kita. Tak salah jika role model itu seorang yang tepat untuk menjadikan diri kita seorang insan yang berguna (cth: Rasullulah SAW). Tapi kalau kita lihat dari perspektif zaman sekarang, ramai remaja mengambil contoh yang salah sebagai role model mereka (cth: artis barat). Maka terjadilah budaya hidup yang tidak mencerminkan diri mereka sebagai remaja Muslimah dan punya adab ketimuran.
Contohnya jika lihat dari sudut pemakaian, ramai yang ambil remeh tentang hal aurat dan kesopanan. Jika kita lihat dari sudut pergaulan, ramai yang tak ambil kisah antara batas seorang lelaki dan perempuan. Belum kita kita lihat tentang budaya couple. Rasanya mungkin ini punca kualiti integriti remaja kita yang semakin merudum (cth: kes2 buang bayi).
Bersambung (PART 2).............
xsaba nk tunggu part 2...
ReplyDeletexnk cter pasal kte..
heee