Salam buat semua,
Hari ini mengajar aku tentang sesuatu yang sangat berharga. Semasa kuliah The oath of doctor and its implication, lecturerku telah menceritakan pengalamannya dengan seorang pesakitnya yang baru berusia belasan tahun yang tahu hayatnya takkan hidup lama akibat penyakit kroniknya. Muscular dystrophy (MD) adalah suatu penyakit keturunan disebabkan mutasi genetik. Pesakit biasanya tidak dapat hidup lama seperti orang lain. Biasanya jangka hayat pesakit MD hanya belasan tahun.
Pesakit MD akan kehilangan daya otot, lemah, tidak mampu berjalan, mengalami masalah diet, pernafasan seterusnya meninggal dunia.
Tatkala suatu ketika, pensyarahku menjelaskan tentang pesakitnya ini (biarku gelarnya GB:Good Boy) tentang keadaan kesihatannya yang semakin kronik, GB bertanyakan tentang suatu rawatan pengantian otot samada boleh dijalankan keatas dirinya.
Pensyarahku menerangkan rawatan itu hanyalah suatu kajian yang baru dijalankan dan suatu yang hampir mustahil untuk dilakukan. Tidak pernah dilakukan di Malaysia. Namun apa yang dijawab GB?
"Lakukan sahaja eksperimen itu keatas diri saya. Saya tahu saya takkan hidup lama. Jika eksperimen itu berjaya, mungkin saya akan hidup. Jika tidak, mungkin penemuan dalam eksperimen itu dapat membantu orang2 seperti saya di masa hadapan".
Lihatlah pada GB. Walaupun usianya muda dan mempunyai penyakit kronik, tetapi nilai kemanusiaannya sangat tinggi. Bagaimana dengan kita yang normal serta sihat tubuh badan? Adakah kita mempunyai nilai setinggi itu? Mampukah kita berkorban untuk orang lain? Tanyalah hati kerana hati lebih mengetahui tentang diri kita.
Terus terangkan aku katakan aku tak sekuat dan sematang itu. Mungkin aku lebih pentingkan diri sendiri atau self- centered. Tetapi aku sungguh kagum dengan GB. Teringin aku menjadi sepertinya.
THE OATH OF GRADUATES OF SCHOOL OF MEDICAL SCIENCES
In the name of god, we seek from You:
The ability to be truthful, honest, modest, merciful and objective in our dealings.
The fortitude to admit our mistakes, to amend our ways and to forgive.
The wisdom to comfort and counsell all our patients towards well being, peace and harmony regardless of their social status, race and religion.
The ability to understand that our profession is sacred, dealing with Your most precious gifts of life and intellect.
We promise to devote our lives in serving Mankind, poor or rich, literate or illiterate, irrespective of race and religion with patience and tolerance, with virtue and reverence, with knowledge and vigilance, and with Your love in our hearts

nice article my dear..
ReplyDeletecyg
ReplyDeleteerm...semangat lak ble tgok oath ih..lg2 bce rmai2 kt kuliah ari tuh..:)
ReplyDelete